SIK: Keputusan tidak rasmi yang diperoleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti diperoleh sebanyak 14,159 undi.
Menteri Besar Kedah itu memperoleh undi sebanyak 18,943 sehingga jam kira-kira 8.45 malam.
Sementara, pencabar Menteri Besar Kedah itu, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) memperoleh sebanyak 4,784 undi.
Undi rosak dikenal pasti sebanyak 124 undi.