Tumpuan :
Nasional

Tak menyesal lebur RM15,000 beli burung merbah

Suasana Pertandingan Burung Candik Piala Ketua Polis Kelantan 2024 di Dataran Padang Berek Baru Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, semalam.-Foto: NSTP

PASIR MAS: “Saya membeli burung ini pada harga RM15,000 daripada kenalan di Thailand dan tidak pernah menyesal walaupun sudah berhabis ribuan ringgit kerana pulangan yang diperoleh setiap kali menyertai pertandingan adalah berbaloi,” demikian kata peminat burung,
Amirul Afnan Afandi,

Burung merbah jambul atau candik yang dibeli di Thailand dua tahun lalu membawa tuah kepada Amirul, 35., apabila burung berkenaan memenangi kategori ‘Best of The Best’ dalam Pertandingan Burung Candik dan Ayam Serama Piala Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam.

Menurut Amirul, kejayaan itu dianggap sebagai rezeki tidak dijangka kerana peluang untuk memenangi kategori berkenaan adalah sukar.

“Bayangkan terdapat 560 burung candik yang dipertandingkan dan burung candik yang saya namakan ‘Nan’ dipilih sebagai pemenang.

“Nan sudah beberapa kali menyertai pertandingan dan memenangi antara tempat pertama hingga ketiga namun ini kali pertama memenangi kategori ‘Best of The Best’.

Pertandingan Burung Candik dan Ayam Serama Piala Ketua Polis Kelantan disertai seramai 972 peserta dalam negara selain turut membabitkan pencinta burung candik dan ayam serama dari Loas serta Thailand.

Amirul yang kini memiliki enam burung, mula terbabit hobi itu sejak 10 tahun lalu dan telah menyertai pelbagai pertandingan sama ada dalam mahupun di luar Kelantan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini