comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tahun baharu, tapi sikap dan fikiran masih di takuk lama – DBKL

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab, menyaksikan sampah sarap bertaburan merata-rata di jalanan ibu negara selepas orang ramai meraikan ambang tahun baharu 2024, tengah malam tadi.

DBKL menyifatkan ia mencemarkan kedatangan tahun baharu dengan tindakan sebilangan warga kota yang masih mengamalkan sikap serta cara berfikir ‘di takuk lama’ dalam aspek penjagaan kebersihan di tempat awam.

Sampah sarap bertaburan merata-rata di jalanan ibu negara selepas orang ramai meraikan kehadiran tahun baharu, tengah malam tadi. – FOTO: Ihsan DBKL

DBKL dalam satu kenyataan, hari ini, berkata terdapat golongan yang membuang sampah sesuka hati dengan menganggap semua itu akan diuruskan oleh agensi terbabit nanti.

“Peliknya, kita masih mahu membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar di negara lain dari segi keindahan. Perlu melihat bagaimana sikap warga mereka dalam soal kebersihan,” katanya.

DBKL menekankan, pihaknya tidak meminta orang ramai membersihkan kawasan awam tetapi sebagai permulaan, cukup dengan menguruskan sampah sendiri secara bertanggungjawab.

“Jangan buang merata-rata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri. Hari ini adalah hari pertama kita menjejaki 2024.

Semalam, 2023 ditinggalkan dengan seribu kenangan.“Masing-masing kita sudah pasti memasang azam untuk lebih berjaya dalam mengejar impian pada tahun ini,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini