comscore
Tumpuan :
Nasional

Sze Wei – Izzuddin bertembung lagi gandingan Indonesia

FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Selepas mengejutkan pilihan ke empat Fajar Alfian-Rian Ardianto pada aksi suku akhir Terbuka Jepun semalam, pasangan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi menentang wakil Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana pada separuh akhir.

Meskipun tidak diletakkan beregu pilihan, mereka boleh menjadi ancaman dengan aksi yang memikat, antaranya mudah mengenepikan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi – Hiroki Okamura 21-15,21-12 pada suku akhir semalam.

Sze Wei-Izzuddin selaku pilihan ke-8, perlu bijak untuk mencatur permainan apatah lagi selepas dipaksa bermain tiga set sebelum mengatasi Fajar-Rian 21-16, 10-21, 21-16.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan pilihan ketiga Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan berdepan juga pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Martin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini