comscore
Tumpuan :
Nasional

Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan Presiden MUDA sementara proses undang-undang membabitkannya selesai.

Perkara itu diumumkan Syed Saddiq, selepas mesyuarat khas diadakan beberapa jam setelah Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah atas pertuduhan berkaitan rasuah.

Jawatan Presiden akan dipangku oleh timbalannya, Amira Aisya Abd Aziz.

“Saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA sementara membersihkan nama melalui proses mahkamah,” katanya pada sidang media.

Syed Saddiq turut memaklumkan tidak akan terbabit dalam politik sepanjang tempoh berdepan kes di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini