Tumpuan :
Nasional

Syed Saddiq cedera, terlanggar dahan pokok ketika Ironman Malaysia

Syed Saddiq dibantu selepas basikal dinaiki terbalik sebaik terlanggar dahan pokok tumbang ketika beraksi dalam acara berbasikal sempena Ironman Malaysia di Langkawi. – Foto tular

LANGKAWI: Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya dipercayai terlanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi, hari ini.

Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada Khamis lalu, Syed Saddiq berkata kepada BERNAMA, ini adalah penyertaan sulungnya dalam Ironman Malaysia dan berazam untuk melakukan catatan masa yang baik untuk dirinya.

Dalam kejohanan ini, beliau perlu menghabiskan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan larian 42.2km. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini