comscore
Tumpuan :
Nasional

Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota

Oleh: Zahir Senapiah

ISKANDAR PUTERI: Syed Hussien Syed Abdullah, 40, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota yang baharu, pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, selain menandatangani surat sumpah jawatan.

Syed Hussien dipilih sebagai ADUN Mahkota selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan pada 28 September lalu.

Beliau memperolehi majoriti 20,648 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Syed Hussien menang dengan memperoleh 27,995 undi, manakala Mohamad Haizan mendapat 7,347 undi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini