Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Syawal akan lebih gembira dan tenang, tahun ini” – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38  bersyukur urusan perceraiannya dipermudahkan sekaligus mengakui ketenangan dicari sudah ditemuinya.

“Syawal akan lebih gembira dan tenang tahun ini,” katanya mengulas sambutan Aidilfitri selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Puteri Sarah berkata,  apa yang penting, dia tidak mahu bermusuh dan berdendam dengan Syamsul.

“Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan. Alhamdulillah, saya sudah menemuinya.

Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya. Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak.

“Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak. Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak,” katanya.

Jelas Puteri Sarah, perbincangan berlaku pada saat akhir, semalam namun enggan memperincikannya.

“Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini,” katanya.

Syamsul Yusof. – FOTO: NSTP

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Bagaimanapun, terma penyelesaian hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.

Dalam prosiding hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah, manakala Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais.

Loading...
Terkini