PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan syarikat swasta untuk menumpukan usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Anwar berkata, beliau meminta syarikat swasta yang berjaya untuk memberikan tumpuan sama ada dengan memberi dana atau menyiapkan jentera.
Katanya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bawah Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah mengerahkan semua syarikat di bawah mereka.
“Bank-bank tempatan juga sudah mengambil langkah sendiri untuk membantu.
“Ada baiknya, dalam keadaan sekarang bukan saja dana tetapi siap jentera, biar syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh turun juga ke gelanggang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.