comscore
Tumpuan :
Nasional

Syarikat pengendali lebuhraya LPT1 siasat dakwaan kakitangan racun seekor anjing

 

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Siasatan dalaman segera dilakukan syarikat pengendali Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), AFA PRIME Berhad bagi menyiasat dakwaan berlaku kekejaman terhadap seekor anjing oleh kakitangan LPT1 di Plaza Tol Jabor, Kuantan, Pahang.

Penasihat Jabatan Komunikasi Korporat AFA PRIME Berhad, Nurhaniza Mohd Khalil berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak sesekali membenarkan sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan oleh kakitangan mereka.

“Siasatan dalaman telah segera dilancarkan
untuk memastikan fakta-fakta berhubung insiden ini.

“Sepanjang siasatan dijalankan, kami memohon kepada orang awam dan media untuk tidak
membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3, hari ini.

Tambahnya, AFA PRIME Berhad yang sebelum ini dikenali ANIH Berhad, merupakan syarikat pengendali lebuhraya KLK dan LPT1, tetap kekal komited untuk memperkukuhkan standard etika dan memberikan sumbangan positif kepada komuniti.

“Kami akan memberikan maklumat terkini mengenai perkara ini sebaik sahaja maklumat
tambahan tersedia,” ujarnya.

 

Baru-baru ini tular di media sosial, video berdurasi kurang 13 saat memaparkan keadaan seekor anjing seperti terseksa dipercayai akibat diracun.

Hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna lebuhraya itu mendakwa, dia melihat sebuah kereta yang tertera lambang lebuhraya terbabit membaling sesuatu berbentuk makanan kepada anjing yang dipercayai mengandungi racun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini