comscore
Tumpuan :
Nasional

Syarikat logisitik wajar manfaat teknologi EV, AI

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Syarikat logistik di negara ini perlu memanfaatkan penggunaan teknologi seperti penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan juga kecerdasan buatan (AI).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata saranan itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi syarikat masing-masing selain digunakan dalam khidmat pelanggan.

“Saya melihat ada kewajaran bagi syarikat-syarikat penghantaran ataupun logistik yang lain untuk mula memanfaatkan teknologi-teknologi seperti EV dan juga AI.

“Ia bagi tujuan khidmat pelanggan selain daripada meningkatkan kecekapan bagi operasi syarikat masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pos 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau mengumumkan pelancaran terbaharu armada Kenderaan Elektrik Pos Malaysia.

Katanya, inisiatif ini selari dengan matlamat nasional negara untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan pembangunan lestari.

“Pos Malaysia turut mengambil langkah penting ke arah kelestarian seperti berikut (iaitu) 200 e-Bike dan 143 e-Van telah beroperasi di Semenanjung Malaysia.

“Pos Malaysia akan menerima 1,112 lagi e-Bike secara berkelompok Oktober ini dan 347 e-Van mulai Januari 2025.

“Kesemua lori dan e-Van telah dipasang dengan sistem telematik,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini