Tumpuan :
Dunia Seni

Syafiq Kyle, Mimi Lana telah bernikah

Syafiq berkongsi foto pernikahannya dengan Mimi di Instagram (IG). – FOTO: syafiqkylez/ Instagram

KUALA LUMPUR: ‘Alhamdulillah, ‘got married on a blessed Friday.’ (Alhamdulillah, bernikah pada hari Jumaat yang berkat).

Hantaran itu dimuat naik pelakon popular, Syafiq Kyle di Instagram (IG), sekali gus mengesahkan pernikahannya dengan Mimi Lana, hari ini.

Mimi Lana menerusi IG turut memuat naik hantaran sama. Entri disertakan dengan foto majlis pernikahan itu yang menyaksikan kedua-duanya mengenakan busana serba putih.

Hantaran itu disertai tanda pagar #skmlfoundthedate.

Terdahulu, Harian Metro menerusi sumber melaporkan pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

Sumber turut memaklumkan majlis itu dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.

Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini