comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek kes tikam 2 wanita ditahan, akan direman pagi ini – Polis

PETALING JAYA: Suspek kes tikam dua wanita menggunakan pisau rambo di sebuah surau Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya Jumaat lalu berjaya ditahan pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sharulnizam Ja’afar, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kajang dan akan direman pagi ini.

“Suspek ditangkap di kawasan Kajang, kira-kira jam 1.30 pagi di rumah kenalannya.

“Suspek akan direman pagi ini,” jelasnya secara ringkas sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang Jumaat lalu, mangsa seorang wanita berusia 20 an yang juga jurujual telefon bimbit cedera di bahagian perut selepas diserang suspek di dalam tandas wanita di surau berkenaan.

Seorang lagi wanita yang juga guru besar cedera di bahagian lengan selepas dilibas suspek ketika cuba membantu mangsa.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan memandu sebuah kenderaan mewah keluar dari lokasi kejadian.

Loading...
Terkini