comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Suspek simbah asid diberkas

 

PETALING JAYA : Suspek yang disyaki terlibat dalam insiden menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri semasa memasuki lif di pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, ditahan polis petang tadi.

Artikel berkaitan : Mangsa serangan simbah asid trauma, berkurung di rumah saudara

Wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu akan direman esok bagi membantu siasatan

Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata tangkapan dibuat kira-kira jam 4.20 petang tadi di sebuah taman di Rawang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Dalam kejadian Selasa lalu, rakaman kamera litar tertutup, CCTV, memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran semasa mangsa sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.

Artikel berkaitan : Mangsa simbah asid dakwa tak pernah ada musuh, berhutang 

Akibat kejadian itu, pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan serius.

Loading...
Terkini