comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek menyatakan yang dia sekadar “suka-suka” melakukan ancaman itu – Polis 

IPOH: Suspek yang ditahan kerana dipercayai membuat panggilan palsu mengenai ancaman bom di Aeon di Klebang, Chemor di sini semalam, mempunyai rekod penyakit berkaitan psikiatri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata suspek tidak bekerja penganggur berumur 38 tahun.

“Ya, suspek mempunyai rekod berkaitan kesihatan mental. Susupek menyatakan yang dia sekadar “suka-suka” melakukan ancaman itu,” katanya.

Artikel berkaitan: Lelaki buat panggilan palsu ancaman bom di AEON Klebang ditangkap

Yahaya berkata, suspek  ditahan jam 9.30 malam tadi di sebuah rumah di kawasan Tasek, di sini iaitu kira-kira  5 jam selepas laporan polis berhubung ancaman itu diterima daripada pekerja pusat membeli-belah itu jam 4.50 petang semalam.

Katanya, pihak pengurusan pusat itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali tentang ancaman bom di dalam bangunan pusat membeli-belah terbabit.

Beliau berkata, suspek dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan ancaman bom kepada pihak pengurusan pusat membeli-belah terbabit berdasarkan kepada pengakuan dan keterangan-keterangan yang dikumpulkan, termasuk peranti komunikasi yang digunakan  suspek untuk membuat panggilan palsu  itu.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, maka kes ancaman bom ini sudah pun berjaya diselesaikan. Suspek akan ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, susulan panggilan mengenai ancaman itu pihak polis  bertindak segera termasum dengan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan pusat membeli-belah terbabit dengan bantuan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, pemeriksaan di seluruh bangunan pusat membeli-belah itu mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam premis bangunan pusat itu kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas keadaan disahkan selamat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini