PETALING JAYA: Suspek kes tikam sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu, berjaya ditahan pihak berkuasa malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, suspek ditahan di sekitar ibu negara.
“Tangkapan ada dilakukan malam tadi. Proses reman akan dilaksanakan pagi ini,” jelasnya secara ringkas.
Setakat ini belum ada maklumat lanjut mengenai penahanan suspek.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.