Tumpuan :
Nasional

Suspek kes cabul kanak-kanak di Batang Kali akan dituduh Khamis ini

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Suspek kes cabul ke atas kanak-kanak di Batang Kali, Hulu Selangor 21 Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang Khamis ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan, berkata kertas siasatan kes telah lengkap dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya IDCC Selangor pada 25 Februari lalu.

Menurutnya, pihak pendakwaan telah mengarahkan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh ke atas suspek di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.

“Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Februari 2025 (Khamis) ini, jam 9.00 pagi,” katanya.

21 Februari lalu, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini