Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Suspek kes bunuh pereka dalaman akan didakwa esok – Polis


PETALING JAYA: Suspek kes bunuh pereka dalaman Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

“Buat makluman rakan media, kes bunuh di Sri Damansara melibatkan pereka dalaman akan dituduh esok di Mahkamah Petaling Jaya,”jelasnya.

Suspek berusia 50 tahun dan tidak bekerja itu, sebelum ini antara tiga individu yang direman di sebuah rumah pangsapuri di Kuala Lumpur pada 20 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam [email protected] Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail.

Mengulas mengenai motif pembunuhan jelas Shahrulnizam, siasatan mendapati kes suspek dikatakan telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa untuk tujuan mencuri.

“Suspek memecah masuk untuk mencuri dan disedari oleh si mati, maka berlaku pergelutan yang membawa kematian,” katanya lagi.

16 September lalu, Allahyarham Muhammad Sharqawi, 36 tahun, ditemui dengan lebih 20 kesan tikaman di kediamannya di pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara.

Kes bunuh itu awalnya dipercayai berpunca daripada pecah rumah, namun ditukar menjadi kes samun sehingga menyebabkan kematian susulan beberapa barangan peribadi mangsa didapati hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini