comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek kedua Kes samun kedai makan diberkas polis

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Suspek Kedua yang disyaki terlibat dalam satu kegiatan samun bersenjata yang berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Stutong Kuching berjaya ditahan polis sekitar jam 7.30 malam semalam.

Penahanan itu kurang 24 jam selepas suspek pertama ditahan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang ditahan di kediamannya sekitar jam 9.50 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ashmon Bajah berkata, dengan tertangkapnya Kedua-dua suspek berkenaan pihak polis percaya telah menyelesaikan kes samun bersenjata yang berlaku di kedai makan itu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ashmon Bajah

“Dalam masa yang sama kita turut merampas kenderaan yang digunakan dan beberapa barang-barang lain yang ada kaitan dengan siasatan kita.

“Suspek yang baru kita tangkap ini berumur 23 tahun juga memiliki beberapa rekod kes lampau membabitkan dadah dan jenayah-jenayah berkaitan harta benda termasuk pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemberian Dos Penggalak COVID-19 kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Pada selasa lalu, tular satu kejadian samun oleh dua suspek menggunakan senjata sebilah parang telah berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Stutong.

Ia selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaaan dikongsikan di media sosial.

Loading...
Terkini