PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pekerja Gig akan ditubuhkan bagi melindungi hak pekerja gig yang kini telah mencecah 1.12 juta rakyat, terutama dalam kalangan anak muda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan suruhanjaya itu untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.
“Langkah ini diambil kerana majoriti besar belia Bumiputera terlibat dalam pekerjaan gig. Namun sebagai pekerja tidak formal, mereka tidak punyai perlindungan perundangan pekerjaan serta sistem perlindungan sosial,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Dalam pada itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan meluluskan dana RM1 bilion bagi perkasa generasi baharu usahawan bumiputera.
Selain menegaskan dasar kerajaan tentang kemiskinan tidak memanfaatkan satu kaum sahaja, sebaliknya telus dan berdasarkan kelayakan untuk semua penerima.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.