comscore
Tumpuan :
Nasional

Suri rumah dijumpai mati dengan 3 kesan tikaman

MELAKA: Seorang suri rumah ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman di dada di sebuah perumahan mewah dekat Ayer Keroh, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang, apabila dihubungi pembantu perubatan Hospital Melaka, mengatakan ada seorang wanita ditemukan terlantar dalam tandas rumah dengan kesan tikaman.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di antara jam 2 hingga 3.30 petang.

Ketika kejadian, hanya ada mangsa, 34, bersama anak lelakinya berumur tujuh tahun serta ibu saudara kepada suaminya berusia 65 tahun di rumah berkenaan.

“Manakala suami mangsa dikatakan tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan. Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian.

“Malah siasatan lanjut menemui tiga kesan tikaman di dada kiri dengan panjang di antara dua hingga tiga sentimeter, selain ada sebilah pisau terpacak di dada kiri,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah dan berselerak di kediaman mangsa.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dijalankan mendapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah banglo dua tingkat itu melalui pintu hadapan dan belakang.

“Malah pemeriksaan di kawasan sekeliling dan di dalam rumah juga dapati tiada sebarang kesan geledah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa  dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, tiada unsur-unsur jenayah dikesan dalam insiden ini manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Loading...
Terkini