comscore
Tumpuan :
Nasional

Surat makluman kekosongan DUN Jepak dihantar ke SPR

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memaklumkan kekosongan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Mohd Asfia berkata, surat bertarikh hari ini dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh untuk memaklumkan terdapat satu kekosongan luar jangka di N67 Jepak.

Ia susulan kematian penyandang DUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip, pada 15 September lalu.

Pemakluman itu sekali gus membolehkan pihak SPR mengeluarkan perintah dan writ untuk pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Berdasarkan Perlembagaan Negeri Sarawak mengkehendaki PRK diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis kekosongan dimaklumkan kepada SPR.

Jumaat lalu Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang.

Allahyarham adalah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak.

Loading...
Terkini