KUALA LUMPUR: Keabsahan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak tergugat walaupun 12 anggota Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan 12 menteri PAS dan BERSATU itu tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang Perdana Menteri adalah tertakluk pada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.
Sehubungan itu, Ismail Sabri menegaskan tidak timbul isu keabsahan kerajaan tergugat disebabkan surat berkenaan, sebaliknya perkara itu hanya dibangkitkan pihak yang tidak memahami undang-undang hingga menimbulkan kekeliruan. – BERITA HARIAN