comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sup gagak, MBSP tawar pelan penyelesaian

Tangkap layar menunjukkan seekor gagak mati dikeluarkan dari sebuah periuk sup.

SEBERANG PERAI: Seorang pemilik restoran terperanjat besar apabila mendapati seekor gagak tiba-tiba masuk ke dalam periuk sup yang sedang dipanaskannya.

Insiden dipercayai berlaku ketika operasi menembak gagak Crow Sharpshooter (Op CroSS) anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) semalam.

Insiden itu mengakibatkan pemilik restoran berkenaan kerugian kira-kira RM2,000.

Rintihan pemilik restoran itu pantas menjadi tular di media sosial.

Dalam salah satu video yang dikongsikan di Instagram, dua lelaki menunjukkan seekor gagak mati yang diangkat dari sebuah periuk besar berisi sup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Dan mungkin kerana kepanasan sup itu, darah dan bulu gagak tertanggal sebaik dikeluarkan dari periuk itu.

Menurut kedua-dua lelaki terbabit, mereka tidak punya pilihan kecuali membuang semua isi periuk itu kerana sudah tidak boleh dimakan.

Restoran itu dikenali sebagai Twin Cafe Sup88 terletak di Jalan Taman Puteri Gunung di Simpang Empat di sini.

Sementara itu, MBSP selaku penganjur operasi itu berkata pihaknya sudah menghubungi pemilik restoran berkenaan.

“Kita juga telah menjelaskan kepada pemilik terbabit tentang pelan tindakan susulan yang akan diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi mencapai penyelesaian damai,” kata MBSP.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini