comscore
Tumpuan :
Nasional

Sungai Rinting tercemar akibat sisa kebakaran kilang

FOTO: Sumber awam

JOHOR BAHRU: Kejadian ratusan ikan timbul di permukaan air Sungai Rinting, Masai di sini, tiada kaitan dengan isu pencemaran sungai yang pernah melanda di beberapa sungai di sekitar bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima aduan berkaitan isu berkenaan, namun siasatan mendapati ia bukan berpunca daripada pencemaran sungai yang berlaku sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, pencemaran air di Sungai Rinting berlaku susulan kebakaran bangunan kilang di Bandar Seri Alam di Masai, semalam.

FOTO: Sumber awam

“Siasatan awal Jabatan Alam Sekitar mendapati air hasil pemadaman kebakaran mengalir terus ke sungai.

“Ia mengakibatkan bacaan pH (potensi hidrogen) sungai meningkat hingga ada ikan yang mati,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Media sebelum ini melaporkan empat kilang IKS musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit 2, Kawasan Perindustrian MEIL, Seri Alam di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini