Tumpuan :
Nasional

Sungai Gurun lepasi paras bahaya

FOTO: APM

YAN: Sungai Gurun di Kampung Perupok dilaporkan sudah melepasi paras bahaya susulan hujan lebat yang melanda hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Yan sedang melakukan pemantauan paras air sungai di Sungai Gurun dan Sungai Singkir di Kampung Singkir Genting.

“Anggota APM Yan juga turut melakukan pemantauan kawasan yang berisiko banjir.

“Pemantauan dilakukan di kawasan Tandop Kampung Raga serta Taman Samudera di sini dan mendapati arus deras dan beberapa kawasan jalan dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko rendah supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa memandangkan hujan yang tidak menentu ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini