KOTA BHARU: Air Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 meter (m).
Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkata, paras air Sungai Golok paling tinggi pernah direkodkan ialah 10.84 m pada 2014.
“Tahun ini, paras air sungai itu lebih tinggi berkemungkinan disebabkan hujan yang berterusan sekali gus menyebabkan perkampungan berhampiran dilanda banjir,” katanya.
Sementara itu, laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, empat sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya, lima sungai paras amaran dan tujuh sungai paras waspada.