Tumpuan :
Nasional

Sungai Golok di Tanah Merah lepasi paras bahaya

Keadaan paras air sungai golok berjaga-jaga akibat hujan lebat ketika tinjauan di sempadan Rantau Panjang – Sungai Golok hari ini. FOTO NTSP

KOTA BHARU: Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi tadi iaitu melepasi paras amaran lapan meter.

Selain itu, paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja berada pada paras normal.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut yang telah bermula dari 5 Nov lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. — BERNAMA

Loading...
Terkini