Tumpuan :
Nasional

Sungai Golok di Rantau Panjang catat rekod paras tertinggi 11.37 meter

Sungai Golok. – FOTO NSTP

KOTA BHARU: Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan paling tinggi banjir kali ini iaitu 11.37 meter (m) sehingga 7 pagi ini.

Paras air Sungai Golok itu terus meningkat berbanding malam tadi 10.9 m yang antara lain disebabkan tiga wilayah di Selatan Thailand turut berdepan banjir teruk.

Sungai Golok antara tujuh sungai yang melepasi paras bahaya setakat pagi ini.

Enam sungai yang lain adalah Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Lanas di Air Lanas, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Kelantan di Kusial, Temangan dan Kusial Baru.

Lima sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Golok di Kuala Jambu, Sungai Galas di Chegar Lapan dan Sungai Pahi di Kampung Pahi.

Sementara itu, lima sungai melepasi paras berjaga-jaga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini