comscore
Tumpuan :
Nasional

Sumber air kawasan Hulu Sungai Kelantan tercemar

GUA MUSANG : Kajian dan penyelidikan di Sungai Nenggiri iaitu kawasan Hulu Sungai Kelantan mendapati sungai itu kini 95 peratus tercemar dan tidak sesuai untuk menampung sebahagian kehidupan air.

Hasil kajian penyelidik alam sekitar daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendapati tahap kekotoran dan pencemaran air Sungai Nenggiri dikaitkan dengan pembukaan kawasan hutan, selain kemungkinan wujud pembuangan sisa pertanian di kawasan itu.

Sungai Nenggiri di Gua Musang adalah salah satu anak sungai utama Sungai Kelantan.

Pensyarah Kanan Biokejuruteraan dan Teknologi UMK, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak

Penyelidikan diketuai Pensyarah Kanan Biokejuruteraan dan Teknologi UMK, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak.

Sumber air sungai berkenaan berkelodak dan tercemar pada bacaan 846 nano meter bagi kekeruhan air berbanding bacaan kosong nano meter pada air minuman biasa.

Sumber air sungai berkelodak dan tercemar berbanding bacaan kosong nano meter pada air minuman biasa

“Kita dapati sungai ini telah tercemar akibat banyak aktiviti hakisan pertanian atau pembalakan yang kita belum kenal pasti yang kita kena tengok dari segi punca kenapa ia terjadi,” katanya.

Sebarang usaha pembersihan semula Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan perlu kajian lebih menyeluruh untuk mengenal pasti lokasi yang menyebabkan hakisan tanah.

Katanya bukan seluruh Sungai Kelantan tercemar sebaliknya sungai di kawasan Jeli masih bersih.

Selain di Jeli yang masih bersih, Sungai Kelantan di kawasan Tanah Merah dan Gua Musang kritikal kotor kerana aktiviti melombong, pertanian dan pembukaan hutan.

Katanya air sungai yang terlalu keruh bermaksud ada mendakan atau kotoran yang tidak sesuai untuk kehidupan sungai termasuk ikan, udang dan siput etak.

 

Air sungai yang terlalu keruh bermaksud ada mendakan atau kotoran

Penyelidik bagaimanapun yakin, Sungai Nenggiri masih boleh diselamatkan jika ada usaha mengawal hakisan dilaksanakan.

Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam UPM, Dr. Norazlina Alias berkata, pemuliharaan berterusan perlu dijalankan untuk memulihkan sungai berkenaan.

 

Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam UPM, Dr. Norazlina Alias

“Pemuliharaan berterusan perlu dijalankan untuk melihat seluruh Sungai Kelantan, Sungai Nenggiri ini masih ada harapan untuk diselamatkan kerana kemusnahan tidak kronik dan boleh dilihat lebih kepada keruh dan sedikit hakisan,” jelasnya.

Sementara itu bagi penduduk, Harun Che Tengah, dia yang bergantung kepada hasil sungai di Kampung Star Lama, Pasir Tumboh dan Bertam Baru berkata, sumber ikan kini semakin berkurangan berbanding dahulu.

Penduduk Harun Che Tengah

“Ikan sini kurang, apabila tahan jaring kadang kadang satu hari tiada (ikan) cuma ada ikan kederak, ikan kerai,ikan kelah, kalau dulu ikan kelah banyak di sini, boleh dijadikan sumber pendapatan kita,” katanya.

Semua penemuan dan sampel kajian menerusi ekspedisi sungai Nenggiri dibawa balik ke makmal Biokejuruteraan dan Teknologi UMK untuk kajian lanjut.

Loading...
Terkini