comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Selangor, Tunku Mahkota Ismail setuju perseteruan bola sepak dalam padang, saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam. FOTO IHSAN HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, HRH Crown Prince of Johor, Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail berkongsi pendapat mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak yang mana Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

“Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang,” kata kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini