comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan berangkat melawat tapak kebakaran tiga premis perniagaan di Jalan Besar di sini, hari ini. – FOTO: NSTP

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa dan memusnahkan harta benda di negeri ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah kesemua bangunan atau premis yang usang memerlukan pemeriksaan berkala bagi memastikan ia selamat dihuni.

“Sudah tiba masanya pihak terlibat pergi memeriksa bangunan lama…jika rasa tidak selamat beritahu kerana kita tidak mahu berlakunya tragedi kehilangan nyawa.

FOTO: NSTP

“Kita juga perlu buat satu dasar berkaitan bangunan atau premis lama kerana saya bimbang kejadian kebakaran ini berulang di tempat lain dan kejadian baru-baru ini boleh dijadikan pembuka mata kepada pihak pentadbiran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat melawat tapak kebakaran tiga premis perniagaan di Jalan Besar di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, tiga premis perniagaan berusia lebih 100 tahun itu yang menjalankan perniagaan karpet, pengurup wang dan barangan runcit musnah dijilat api namun tiada mangsa yang cedera atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Al-Sultan Abdullah bertitah pendekatan tersebut amat penting dan perlu diambil perhatian bagi memastikannya setaraf dengan peraturan ketat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah dalam membina bangunan baharu di negeri ini.

FOTO: NSTP

“Saya bersimpati terhadap keluarga yang terlibat dengan kebakaran ini tetapi apa pun kita perlulah reda dengan takdir ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk bomba yang cepat sampai memadamkan kebakaran. Jika dilihat dalam media sosial, ia agak menakutkan kerana apinya begitu besar,” titah baginda. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini