Oleh Shaharil Kadir
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Pertemuan berlangsung di Istana Kinta di Ipoh.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 10.50 pagi.
Pertemuan itu adalah agenda pertama lawatan Ahli Parlimen Tambun itu ke Perak selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Selepas majlis menghadap Sultan Nazrin, Perdana Menteri dijadual mengadakan tinjauan mesra dan beramah mesra dengan pengunjung pasar Tanjung Rambutan.
Beliau kemudiannya melawat tapak klinik kesihatan Manjoi sebelum menunaikan solat jumaat di Masjid Muhammad Al Fateh di Taman Jati.
Selesai solat jumaat, akan berlangsung majlis kenduri rakyat di masjid berkenaan.