comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sultan Kedah perkenan DUN Kedah bubar 28 Jun

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan pada 28 Jun (Rabu) ini.

Baginda memperkenankan pembubaran itu selepas menerima mengadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

@buletintv3

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Pembubaran DUN Kedah dilakukan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN), selaras tempoh penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang tamat tempoh mandat pada 4 Julai ini.

“Sehubungan itu saya ingin memaklumkan bahawa bermula pada tarikh berkenaan pentadbiran kerajaan negeri akan dijalankan oleh kerajaan “caretaker government” yang mana segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu akan dibentuk selepas PRN akan datang.”

“Seperti yang telah saya maklumkan kepada tuan-tuan sebelum ini saya dah telah dapat garis panduan daripada penasihat undang-undang negeri berhubung fungsi dan tanggungjawab yang akan di laksanakan. Secara umumnya perjalanan pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa,” katanya.

Terdahulu,  kenderaan rasmi membawa Muhammad Sanusi  memasuki perkarangan Wisma Darul Aman pada jam 10.22 pagi.

Sultan Sallehuddin bersama rombongan kemudian dilihat memasuki Wisma Darul Aman menaiki kenderaan rasmi baginda pada jam 10.26 pagi.

Baginda berkenan menerima menghadap menteri besar selama lebih satu jam bagi mempersembahkan cadangan pembubaran DUN.

DUN Kedah menyaksikan komposisi 14 kerusi PAS, BERSATU (6), PKR (5), Amanah (3), DAP (2), UMNO (2), Pejuang (2) dan dua kerusi kosong.

Loading...
Terkini