Oleh Kumaran Rajamoney
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Sultan Badlishah telah berkenan untuk berangkat ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI, esok.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan keberangkatan baginda menambah seri pada majlis anjuran kerajaan persekutuan itu.
“Keberangkatan baginda sekaligus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.”
Majlis rumah terbuka ini dijadual untuk diadakan di Hotel Raia, Alor Setar bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadualkan hadir pada sambutan ini.