Tumpuan :
Nasional

Sultan Johor sambut ulang tahun hari keputeraan serba sederhana

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menyambut sambutan hari ulang tahun keputeraan rasmi Baginda secara sederhana di hari pertama Ramadan.

Selepas berbuka puasa, baginda berkenan memotong kek dan santap bersama kakitangan istana.

Terdahulu, pagi tadi Sultan Johor dipersembahkan cenderahati berbentuk kek replika mahkota seberat 30 kilogram.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Kek dipersembahkan kepada baginda daripada Country Garden Pacificview Sdn Bhd yang juga pemaju Forest City.

Baginda kemudian mengurniakan kek berkenaan kepada Masjid Dato’ Haji Mohd Lip Bedu di Kem Sultan Ibrahim.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Sultan Johor turut dipersembahkan cenderahati kek daripada kepimpinan DAP Johor.

Kek berkenaan dipersembahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya merangkap Setiausaha Publisiti DAP Johor, Liow Cai Tung.

Loading...
Terkini