comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sultan Ibrahim tegur persekitaran flat kos rendah kotor

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri itu.

Baginda bertitah kebanyakan kediaman itu dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Titah baginda, ada beberapa flat dalam keadaan yang amat menyedihkan dan seolah-olah rakyat hidup dalam ‘reban ayam’.

Sultan Ibrahim bertitah dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Justeru, baginda berharap kerajaan pusat akan membantu untuk baik pulih flat kos rendah yang lama.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Manakala penduduk juga diingatkan bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kawasan kediaman mereka.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang dijalankan oleh SWM Environment di Johor.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Kerajaan negeri membayar hampir 180 juta ringgit setiap tahun kepada SWM, namun perkhidmatan pungutan sampah masih tidak memuaskan.

Banyak aduan juga telah dibuat, namun keadaan masih tidak berubah.

Sultan Ibrahim, menegaskan KPKT perlu mengambil perhatian perkara yang disampaikan baginda demi kepentingan rakyat.

Loading...
Terkini