comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sultan Johor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Pemilihan Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, di sini hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa mulai 31 Januari 2024.

“Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama”, katanya.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung pagi tadi dipengerusikan Sultan Terengganu dan dihadiri semua Raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

“Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. Perdana Menteri juga telah dimaklumkan”.

Pelantikan baharu itu menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini