JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat ke Lapangan Terbang Senai, pada jam 7.45 pagi bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Baginda dijangka berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi sekitar pukul 8.30 pagi ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat ke Lapangan Terbang Senai, pada jam 7.45 pagi bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Video: NSTP pic.twitter.com/e1qbjL8YCI
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 31, 2024
Sultan Ibrahim dijadual diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda juga akan melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini sekali gus menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Sultan Ibrahim sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.