Tumpuan :
Nasional

SUKIPT 2022: UPM Sapu Bersih Dua Emas Karate Kumite Berpasukan

TANJUNG MALIM: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyapu bersih dua pingat emas dalam acara karate kumite berpasukan lelaki dan wanita di Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi, SUKIPT 2022 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pasukan Kumite Lelaki UPM di wakili M.Gogulnath, A.Denishroy, Muhammad Shahrul Imran Kathivaran, Richal Mattan, G.Avineswaran dan S.Daneshkumar menundukkan pasukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada peringkat akhir.

Kejayaan itu kemudian diteruskan pasukan wanita kumite UPM yang diwakili P.Kharshanaa, Siti Nur Azwani Nor Azli dan P. Madhuri.

Menentang pasukan wanita Universiti Malaya, mereka memastikan mengikut jejak langkah pasukan lelaki dengan meraih pingat emas.

Edisi ke 5 sukan IPT terbesar ini menghimpukan lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen melibatkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti bagi me­rebut 210 pingat emas daripada 21 acara­ yang dipertandingkan sehingga 21 Ogos depan.

Loading...
Terkini