comscore
Tumpuan :
Nasional

Suhaimi Saad meninggal dunia

FOTO: MUNSYID MALAYSIA/ Facebook

PETALING JAYA : Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43 dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham Suhaimi atau nama sebenar Mohd Suhaimi Saad itu dikongsi di laman Facebook, Munsyid Malaysia.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kira-kira jam 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak hasil perkahwinan dengan Ina Naim pada tahun 2007.

Media sebelum ini melaporkan Suhaimi terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Semalam bacaan oksigen Suhaimi semakin merosot dan terus menurun hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini