comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Subsidi tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam diperluas

 

PUTRAJAYA: Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan diperluas kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula pada hari ini.

Inisiatif bantuan melibatkan pelajar universiti ini diumumkan kerajaan 12 Julai lalu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan memberitahu, para pelajar yang terlibat boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my/.

“Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih,” kata kementerian itu.

“Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan,” ujar MOT.

“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya,” katanya.

Menurutnya lagi, tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember depan namun pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan adalah dibenarkan.

“Sekiranya semakan mendapati pelajar tidak layak, mereka boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT, KPM atau institusi pendidikan masing-masing.

“Buat masa ini, pelajar yang layak hanyalah pelajar yang berdaftar di politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru sehingga sesi akademik 2022/2023 serta belum menamatkan pengajian selepas sesi akademik tersebut,” ujarnya.

Bantuan ini adalah salah satu initiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini