comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Suasana tingkatan 6 harus diubah, tidak terikat dengan peraturan sekolah – Anwar

 

NILAI: Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.

“Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.

“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Anwar berkata ramai pelajar Tingkatan Enam mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.

Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.

Loading...
Terkini