Tumpuan :
Nasional

Suami isteri warga emas nyaris rentung dalam kebakaran

FOTO: JBPM

SIK: Sepasang suami isteri warga emas nyaris rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Felda Teloi Timur, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua warga emas berusia 76 tahun itu termasuk seorang daripadanya lumpuh diselamatkan orang awam.

FOTO: JBPM

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.14 petang.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama lapan anggota turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Baling serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau.

FOTO: JBPM

“Sebaik tiba di lokasi didapati rumah terbabit sedang terbakar dan api sedang marak.

“Anggota Bomba mengambil masa kira-hampir 40 minit untuk memadam kebakaran.

FOTO: JBPM

“Tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah berikutan pasangan suami isteri itu berjaya diselamatkan orang awam ketika api sedang marak,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Zulkhairi berkata, antara kesulitan yang dihadapi anggotanya adalah disebabkan rumah itu diubah suai dengan banyak bilik serta kayu di bahagian bumbung.

FOTO: JBPM

Selain itu katanya, sikap masyarakat setempat yang meletakkan kenderaan di kiri dan kanan serta bahu jalan menyukarkan jentera untuk ke lokasi, selain faktor jalan utama antara Felda Teloi Timur dan Bukit Selambau.

“Setakat ini, punca serta nilai kerugian masih dijalankan Bahagian Penyiasatan Forensik Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini