KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri warga emas cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Taman Ria, Fasa 1, di sini, petang tadi.
Kedua-dua mangsa masing-masing berusia lingkungan 60-an, dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.42 petang dan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan kereta Honda Jazz dan terbakar sepenuhnya. Terdapat dua mangsa (suami isteri) iaitu pemilik kenderaan cedera dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 6.50 petang.
Sepasang suami isteri warga emas cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Taman Ria, Fasa 1, di sini, petang tadi.
Kedua-dua mangsa masing-masing berusia lingkungan 60-an, dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.42 petang dan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan kereta Honda Jazz dan terbakar sepenuhnya. Terdapat dua mangsa (suami isteri) iaitu pemilik kenderaan cedera dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 6.50 petang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.