Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Suami isteri yang ditahan dipercayai mendera anak berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia semalam direman selama enam hari.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pasangan berusia 38 dan 40 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak mereka berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia, semalam.
Polis menerima laporan daripada Hospital Kajang selepas kanak-kanak itu dibawa ibu bapanya ke wad kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul.
Selain itu, terdapat banyak tanda kesan dera lama dan baru pada fizikal mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.