Tumpuan :
Nasional

Suami isteri cedera tong gas memasak meletup di flat Desa Melayu.

Foto ihsan JBPM Johor

JOHOR BAHRU : Sepasang suami isteri cedera selepas tong gas memasak meletup di rumah mereka, di tingkat sembilan, flat Desa Melayu, Bakar Batu, dekat sini, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.54 malam ketika pasangan itu masing-masing berumur 27 dan 23 tahun  sedang memasak.

Foto ihsan JBPM Johor

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, sebuah jentera bersama sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Haizrul Rahmad dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kedua-dua mangsa  dihantar ke hospital Sultanah Aminah HSA.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini