KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menahan reman 3 lelaki atas kesalahan memperdagangkan manusia.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan selama 7 hari bermula hari ini.
Ketiga-tiga suspek berumur 29 hingga 48 tahun ditahan di sebuah kondominium di Kuala Terengganu, jam 2 pagi tadi.
Mangsa, seorang wanita berusia 29 tahun yang juga isteri kepada salah seorang suspek turut berada di lokasi, ketika serbuan dibuat.
Pemeriksaan lanjut turut menjumpai sejumlah wang tunai dan kondom.
Semua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.