comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi kepala air: Suami dan bapa 4 beranak pengsan beberapa kali

Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, pengsan beberapa kali sebaik jenazah dua anak perempuannya tiba di Unit Forensik hospital berkenaan, pagi ini.

TAPAH: Suami kepada Aszura, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, pengsan beberapa kali sebaik jenazah dua anak perempuannya tiba di Unit Forensik hospital berkenaan, pagi ini.

Difahamkan, selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah empat beranak itu akan dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.

Mayat Hanna Mikayla Azam dan Hanum Marissa Azam, dua mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di Bidor di sini, ditemukan pagi ini selepas kira-kira sejam operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Jenazah Aszura Bani, mangsa pertama dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dibawa ke Masjid Al-Muhtadin Bidor untuk disolatkan, sebaik urusan mandi dan khafan jenazah selesai di Hospital Tapah, pagi ini

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, dengan kedua-dua mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, hajat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila si ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang akibat dihanyutkan kepala air semasa beriadah di Sungai Kenjur kira-kira jam 4.30 petang.

Mayat mangsa kedua, Hafif Muhayat Azam yang berusia empat tahun ditemukan penduduk kampung pada jam 9.50 malam, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini