comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] STR fasa 2 dibayar April ini

Oleh Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa dua Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan sebelum sambutan aidilfitri.

“Seperti disebutkan, Bantuan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 telah pun diedarkan dan disampaikan pada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, pada Januari.”

“Saya juga telah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan (tolong) mereka dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April”, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.

Justeru, individu yang berkelayakan disaran memohon bantuan tersebut sebelum 31 Mac ini.

“Jumlah yang telah perolehi STR adalah seramai 8.7 juta rakyat telah menerima dana berjumlah RM8 bilion, selain itu, masih ada lagi permohonanan baru”

“Setakat 13 Mac, seramai 320,103 orang telah mendaftar dan terima dan yang layak saya minta dipohon segera sebelum 31 Mac supaya dapat dikeluarkan dana ini pada bulan Ramadan”. katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Loading...
Terkini